Hari ini, terdapat pelbagai skim atau pakej pembinaan rumah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembinaan dengan membuat tawaran harga yang menarik dan sesetengahnya dengan harga yang tidak masuk akal. Anda harus berhati-hati dengan tawaran tersebut supaya anda tidak tertipu.
Ramai juga yang menghadapi masalah di tipu oleh pihak kontraktor. Kebanyakan mereka ini tidak ambil berat soal perjanjian dan terlalu mempercayai kontraktor. Anda wajib mengetahui intipati perjanjian dan spesifikasi rumah anda. Selalunya pihak kontraktor tidak menjelaskan secara terperinci tentang perkara-perkara yang harus anda ketahui terutama kandungan perjanjian dan spesifikasi rumah. Adalah menjadi tugas anda bertanyakan hal-hal ini dengan kontraktor.
Antara perkara yang selalu di hadapi oleh pelanggan adalah:-
a) Kos Pelan Rumah yang tinggi
b) Yuran peguam (lawyer fees) yang tinggi
c) Spesifikasi rumah yang dibina tidak menepati spesifikasi seperti didalam perjanjian.
d) Kualiti rumah yang dibina adalah rendah
e) Menghadapi masalah kelewatan kerja dan kadang – kadang tergendala/terbengkalai.
Antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sebagai panduan untuk membina rumah atas tanah sediri.
Pemilihan kontraktor amat penting kerana merekalah yang akan membina rumah anda. Dapatkan maklumat beberapa kontraktor. Senarai pendek dua atau tiga kontraktor yang terbaik. Jangan terpengaruh dengan kontraktor yang merupakan kawan anda atau yang dicadangkan oleh kawan baik anda atau saudara mara anda.
Rumah anda berharga ratusan ribu ringgit. Pilihlah kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai track-record yang baik. Tempoh paling lama untuk menyiapkan rumah adalah setahun. Kontraktor yang berpengalaman biasanya dapat menyiapkan rumah kurang dari 6 bulan.
0 comments:
Post a Comment