Bina Rumah- Pembayaran Cara Berjadual


Sering berlaku pertelingkahan tentang bayaran antara kontraktor dan tuan rumah. Perkara in berlaku disebabkan tiada Jadual Pembayaran yang disokong oleh Perjanjian Kontrak. Oleh itu sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan ditapak sendiri pastikan:

1. Pergi berjumpa mana-mana peguam bagi melaksanakan Perjanjian Kontrak dengan Kontraktor. Biar berbelanja sedikit tapi tidak rugi dikemudian hari.

2. Dalam Perjanjian pastikan ada Jadual Pembayaran. Jadual ini telah dipersetujui terlebih dahulu diantara Kontraktor dan Tuan Punya Rumah

3. Pastikan Pelan Rumah juga sudah dipersetujui dan di bincang dan diterangkan. 

4. Apa jua tambahan maupun pengurangan daripada Pelan di atas harus dibincang sebagai VO (Variation Order) dan diluar harga Jadual.

5. Buat perjumpaan (Site Meeting) setiap kali sebulan membincangkan tentang jadual, kualiti kerja, pelan dan apa jua yang perli memerlukan penjelasan.

5. SEBELUM membuat Pembayaran pastikan ada pihak ketiga (arketik atau lantikan sendiri) bertujuan menSAHkan kemajuan pembinaan/kerja yang diklaim. Kalau boleh berbelanjalah sikit untuk employ mengambil pihak ke 3 yang mahir atau berpengelaman untuk mengesahkan. Jangan cari Nahas dengan buat pembayaran atas permintaan Kontraktor tanpa mensahkan kemajuan.


Berikut adalah contohJADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (Progrees Payment) untuk pembinaan rumah secara tunai.

  1. Perjanjian selesai ditandatangani - 15%
  2. Siap Pertapakan dan Bean bawah - 15%
  3. Tiang dan jokong/Ikatan bata - 10%
  4. Beam atas dan Konkrit Lantai - 10%
  5. Bumbung -15%
  6. Plaster Luar dan dalam - 10%
  7. Siling luar dan Dalam - 10%
  8. Mengecat- 5%
  9. Kaki lima dan Saluran najis - 5%
  10. Pintu, jendela, tiles dan lampu, Kipas - 5%
  11. Jumlah - 100%



0 comments: