Simpanan Dana Dharurat

Dalam keadaan ekonomi yang membimbangkan seperti sekarang, terutama sekali selepas Covid19 hampir segalanya bergerak perlahan. Kalau anda merasakan kesempitan dalam menyelesaikan bil tenaga maupun bil talipon, anda bukan keseorangan. Kemelut ekonomi dunia tidak akan reda selagi ada kapitalis yang mahu menguasai dunia. Mereka tidak mampu memikirkan hal orang lain melainkan tentang diri mereka sendiri. 

Oleh itu, kita sendiri yang menjaga kebajikan dan menyelesaikan masalah keluarga sendiri. Pantang sekali mengharapkan bantuan orang lain. Kalau ada bantuan kerajaan atau majikan- maka anggaplah itu sebagai bonus yang datang hanya sekali.

Belajar merancang dan membuat bajet dan memahami cara menyimpan (saving) adalah ilmu yang harus dituntut agar kalian dapat mencapai matlamat masa depan masing-masing.

Hanya simpanan yang boleh menyelesaikan untuk mencapai matlamat masing-masing- Matlamat seperti pembelajaran anak-anak, wang pendahuluan pembelian rumah, membeli kereta selesa untuk keluarga atau kemungjkinan kehilangan pekerjaan.

Bukan senang untuk menyimpan atau mengetepikan sebahagian daripada pendapatan yang ciput ditambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin mencanak naik. Tetapi dengan strategi ampuh serta dibantu oleh keyakinan yang tinggi,menjadikan Menyimpan senang dan mudah.

1. Utamakan Simpanan.

Selalunya matlamat akan berjaya jika ianya diutamakan. Sebagai permulaan, figure out berapa banyak diperlukan untuk bersara, perbelanjaan anak sekolah, rumah, kereta, ibadah haji/umrah dan untuk diwaqafkan (amalan).

    i. Set timeline/garisan masa bila dana itu akan digunakan

    ii. Buat perkiraan bagi tujuan penjadualan simpanan sepert berapa jumlah mingguan maupun bulanan,

    iii. Pastikan simpanan ini dikira sama seperti pembelian sara hidup

    iv. Paparkan dalam bentuk Aliran Wang Tunai

2. Dari mana Punca Dana?

Tatkala kita merasakan hidup semakin sempit, kita akan dikejutkan yang kita mempunyai dana yang selama ini kita tidak sedari. Berikut beberapa cara untuk mengenal pasti dana yang tersembunyi.

    i. Keep track/pantau apa yang kita beli dalam seminggu. Kita akan dikejutkan dengan apa yang kita beli sebenarnya tidak diperlukan dan beberapa barang yang sepatutnya tidak wajib dibeli.

    ii. Lakukan pembelian dengan tunai/cash dan stick to the budget dengan merancang pembelian terlebih dahulu. Jangan lakukan pembeilain secara pembelian impuls

    iii. Jimatkan bill letrik, bill talipon, bil astro, bill internet, minyak kereta dan juga bil bulanan yang tidak langsung diperlukan.

    iv. Senaraikan barang-barang belia mengikut kuadran Penting, Perlu, Kurang Penting dan Kurang Perlu. Potongkan yang dalam kotak Kurang/Tidak Perlu

    v. Buang hobi yang membazir

    vi. Bayar bill on time demi mengelak caj penalti maupun caj tambahan 

    vii. Kurangkan makan luar maupun makan beli diluar. Masak dirumah lebih berkhasiat dibandaing dengan masakan diluar yang mungkin mengunakan minyak kitar semula. 

3. Bayar Akaun Simpanan Dharurat terlebih dahulu

Bayar ke Simpanan Dharurat dahulu sebelum membayar bil dan membeli keperluan harian. Kerana Simpanan Dharaut adalah untuk masa depan keluarga. Jangan takut kerana dengan cara begini anda akan secara sendiri akan menjadi berdisiplin dalam berbelanja.

i. Gunakan sistem 'auto-transfer' atau 'Schedule Payment' kepada akaun Simpanan Dharurat terlebih dahulu 

ii. Buat pemotongan Akaun Gaji sebaik selepas gaji dikreditkan kedalan akaun atau selambat-lambatnya pada 30 haribulan.


  • Omarali
  • Taman Sukma






0 comments: