Empat Strategi Menyelesaikan Kewangan Ahli Keluarga

Membantu ahli keluarga yang bergelut dengan masalah kewangan boleh membuat keadaan menjadi serba-salah. Adalah lebih baik jangan hanya ditumpukan kepada memberi wang walaupun kita benar-benar mampu. Terlalu hebat ujiannya selain memberi ruang luas untuk syaitan memfitnah hingga memporakporandakan persaudaraan ahli keluarga.

Apabila kita berkeluarga memang pedih membiarkan mereka susah dalam hidup. Lebih pedih lagi apabila kesusahan itu boleh dielak dengan hanya sedikit ilmu tentang kewangan dan pilihan pengunaan wang yang tepat.


1.Diri ini tidak Sempurna

Kita masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kita mungkin utuh dari segi kewangan tetapi orang lain kukuh dari segi kesihatan. Kita mungkin tengah duduk di kerusi empuk memikirkan kedudukan kewangan saudara kita dan pada masa yang sama saudara kita mencari cara yg sesuai untuk berjumpa dengan kita mengenai masalah tersebut.

Kita rasa amat terpanggil menguruskan perkara yang kita anggap penting, tetapi tidak semesti orang lain  menganggap ianya penting walaupun pada kita ianya penting. Disebabkan tiada diantara kita yang betul-betul sempurna, kita wajib berinteraksi dengan ahli keluarga dengan kecintaan, kasihan,dan sabar. Perubaha tidak dapat dilakukan dalan satu hari.


2. Semak semula perhubungan kita dengan ahli keluarga

Semak semula siapa yang anda percaya dan siapa yang akan mendengar masalah anda. Jika perhubungan tawar maka maslaha kewangan tidak mampu diselesaikan kerana kebanyak masa kita memerlukan pihak ketiga untuk memberi idea penyelesaian.

Apabila tidak ada rasa hormat selalunya orang tidak akan mendengar masalah kita.


3. Jangan cuba selesaikan maslah kewangan dengan memberi wang

Kebanyakan masalah kewangan bukan disebabkan tidak cukup wang tetapi berpunca dari ketidakupayaan mengendalikan atau mengurus wang dan memilik mengunakan wang yang tidak tepat. Melainkan kelemahan pentadbiran kewangan telah diselesaikan, jumlah wang walaupun banyak tidak mampu membantu menyelesaikan masalah kewangan. Wajib ingat- Wang tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan. (Baca: Total Money Makeover)

Oleh itu jika menghulurkan wang, mesti dikepilkan syarat yang membantu kearah menyelesaikan  krisis kewangan. Mereka mesti melakukan sesuatu seperti bekerja sebagai tukaran kepada bantuan. Lakukan sesuatu agar membantu menyelesaikan masalah pengurusan wang bukan saja meyelesaikan masalah kewangan


4. Harus berhati-hati jika memberi pinjaman kepada ahli keluarga

Apabila anda memberi pinjam wang kepada kawan atau keluarga, perhubungan secara otomatik akan berubah. Oleh itu mesti ada garis-panduan apabila memberi pinjaman kepada kawan atau keluarga.

Pada pengelaman saya jika seorang kawan gagal membayar pinjaman seperti yang dijanjikan maka susah untuk kita bermesra dan dalam banyak kes peminjam akan mengelakkan berjumpa dengan kita walaupun di Masjid.